• 09-7421768

  • Lot 289, Jalan Sri Cemerlang, Seksyen 27

PROGRAM ‘BACK TO SCHOOL’ PASCA BANJIR YAYASAN TM

27 & 28 Januari 2023 – Program ‘Back To School’ Pasca Banjir sumbangan Yayasan TM telah dijalankan di beberapa buah sekolah yang terpilih sepertimana berikut;

  1. SK Gual Sitok, Rantau Panjang
  2. Kg. Simpangan Tumpat
  3. SJKC Kai Chih, Pasir Puteh
  4. Kg. Rengas, Machang
  5. Kg. Pangkal Kerdas, Machang

Antara sumbangan yang diagihkan seperti;

  • Wang Tunai RM50.00
  • Hamper Alat Tulis
  • Beg Sekolah

 

GOTONG-ROYONG RUMAH KASEH BAKTI OKB

02 Februari 2023 – Gotong-royong memberihkan Rumah Kaseh Bakti OKB dengan kerjasama APM Kota Bharu.

MAJLIS TAHLIL & JAMUAN MAKAN SERTA SUMBANGAN BARANG DAPUR

03 Februari 2023 – Majlis Tahlil & Jamuan makan serta sedikit sumbangan barang dapur bertempat di Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Ismailiyah (MATAIS), Pasir Mas.  

SUMBANGAN BARANG DAPUR

05 Februari 2023 – Agihan sumbangan barang dapur seperti beras, gula, minyak, biskut dan maggi untuk penduduk Kg. Bongor Lancang Pasir Mas yang kurang berkemampuan bagi meringankan beban mereka.

KEJOHANAN BOWLING POKB 2023

12 Mac 2023 – Program Kejohanan Bowling POKB 2023 telah diadakan bertempat di Mydin Tunjong dan mendapat penyertaan dari pelbagai agensi seperti RTM, APM, HUSM dan sebagainya.

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN POKB KALI KE-9

18 Mac 2023 – Mesyuarat Agung Tahunan POKB Kali ke-9 telah diadakan bertempat di Hamza Motor, Kuala Lumpur dan dihadiri oleh ahli-ahli aktif POKB dari pelbagai negeri.

 

SUMBANGAN BAKUL KASEH IHYA RAMADHAN POKB 2023

29 Mac – 06 April 2023 – Sumbangan Bakul Kaseh Ihya Ramadhan POKB 2023 telah diadakan di sekitar daerah Negeri Kelantan tertumpu kepada golongan asnaf yang memerlukan bertujuan meringankan beban hidup mereka.

PROGRAM SHOPPING RAYA KASEH OKB MYDIN 2023

09 April 2023 – Program Shopping Raya Kaseh OKB Mydin 2023 telah diadakan bertempat di Mydin Mall Kubang Kerian, Kota Bharu. Program ini bertujuan untuk meraikan anak-anak yang kurang berkemampuan bagi memeriahkan lagi hari raya mereka. Seramai 121 orang penerima yang terdiri daripada anak-anak yatim, anak asnaf kurang berkemampuan dan juga anak-anak kurang upaya (OKU). 

SUMBANGAN ZAKAT IHYA RAMADHAN 2023

10 April 2023 – Program sumbangan zakat ihya ramadhan 2023 telah diadakan bertempat di Rumah Kaseh Bakti OKB dan seramai 50 orang penerima telah diraikan yang terdiri daripada golongan asnaf yang tersenarai dalam sistem e-kasih. 

 

MAJLIS HARI RAYA AIDILFITRI OKB 2023

20 Mei 2023 – Majlis Hari Raya Aidilfitri OKB 2023 telah diadakan bertempat di Rumah Kaseh Bakti OKB bagi meraikan ahli-ahli OKB disamping mengeratkan hubungan silaturahim antara ahli-ahli OKB yang lama dan baru. 

 

MISI CSR OKB 2023

04 Julai 2023 – Misi CSR OKB bertempat di Maahad Tahfiz Al-Quran Ar-Raudhah Kg. Kajang Sebidang, Tumpat. Bertujuan memperbaiki sistem pendawaian & menukar peralatan elektrik yang rosak.

 

PROGRAM PEMERKASAAN EKONOMI KOMUNITI BANDAR (PEKB)

07 Julai – 13 Julai 2023 – Program Pemerkasaan Ekonomi Komuniti Bandar (PEKB) anjuran Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) dengan kerjasama Persatuan Orang Kota Bharu (POKB) telah diadakan selama 7 hari 6 malam bertempat di PCB Beach Resort Kota Bharu. 

Program melibatkan seramai 30 orang peserta yang terdiri dari golongan kurang berkemampuan yang tersenarai dalam sistem e-kasih. Program merupakan kursus kemahiran bidang makanan sejuk beku bagi memberi ilmu pengetahuan serta kemahiran kepada peserta seterusnya dapat menjalankan perniagaan bagi meningkatkan taraf hidup mereka.

Peserta telah dibekalkan peralatan untuk mereka memulakan perniagaan selepas tamat kursus.  

 

PROGRAM SEMARAK KASEH UITMCK & POKB 2023

05 September 2023 – Program Semarak Kaseh UiTMCK & POKB 2023 telah diadakan di Rumah Kaseh Bakti OKB. POKB dengan kerjasama UiTMCK telah menyumbangkan pakaian terpakai dan foodbank kepada golongan asnaf yang memerlukan di sekitar kawasan Kota Bharu. 

 

PROGRAM KESEDARAN POTENSI DIRI

13 Oktober 2023 – Program Kesedaran Potensi Diri anjuran Gabungan Pertubuhan Tiong Hwa Kelantan (Wanita) & Persatuan Orang Kota Bharu (POKB) telah diadakan bertempat di Bangunan Gabungan Pertubuhan Tiong Hwa, Kg Sireh Kelantan. 

POKB telah menyumbangkan beg sekolah PEKEMA sebanyak 90 buah untuk pelajar-pelajar sekolah yang memerlukan. 

Antara sekolah yang telah menerima sumbangan beg PEKEMA seperti berikut:

  • SJKC Chung Cheng
  • SJKC CHung Hwa
  • SJKC Kai Chih
  • SJKC Peir Chih
  • Pusat Jagaan Sri Manja

 

SUMBANGAN BEG SEKOLAH PEKEMA

19 Oktober 2023 – Program sumbangan beg sekolah PEKEMA telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Mata Ayer, Pulai Chondong, Machang.  Sumbangan telah diagihkan kepada pelajar kurang berkemampuan seramai 30 orang yang terpilih. 

 

KEJOHANAN BOWLING PERINGKAT APM NEGERI KELANTAN TAHUN 2023

22 Oktober 2023 –  Kejohanan Bowling peringkat APM negeri Kelantan 2023 anjuran Kelab dan Kebajikan APM Kelantan telah diadakan di Mydin Mall Tunjong, Kelantan.

 

MAJLIS MAKAN MALAM POKB-APM

22 Oktober 2023 –  Majlis makan malam POKB-APM di Restaurant Four Season Kota Bharu bagi meraikan jasa dan sumbangan anggota APM dalam menjayakan program-program kerjasama antara POKB & APM. 

 

MAJLIS MAKAN MALAM ANJURAN UITM CAWANGAN KELANTAN

28 Oktober 2023 –  Majlis makan malam anjuran UiTMCK melantik YBhg. Mejar Bersekutu (PA) Dato’ Wan Azhar Yusoff sebagai Duta Alumni UiTMCK. 

 

SUMBANGAN BEG SEKOLAH PEKEMA 

04 November 2023 –  Sumbangan beg sekolah PEKEMA sebanyak 26 buah beg kepada anak-anak yatim mukim Morak bertempat di Masjid Al-ismaili Mukim Morak, Tumpat.

 

PROGAM KESIAPSIAGAAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA (MISI BANTUAN BANJIR)

05 November 2023 –  Sumbangan beg Ready 2 Go PEKEMA untuk penduduk di gugusan kepulauan Tumpat sebagai persediaan menghadapi banjir. Program adalah usahasama APM Negeri Kelantan dan Yayasan Foodbank Malaysia.

SUMBANGAN BEG SEKOLAH PEKEMA SERTA BARANGAN KEPERLUAN ASAS

20 November 2023 –  Sumbangan beg sekolah PEKEMA serta barangan dapur dan beras sumbangan daripada YaPEIM. Program diadakan bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Wakaf Bharu. Seramai 30 orang pelajar kurang berkemampuan terpilih untuk menerima sumbangan ini. 

SUMBANGAN BEG SEKOLAH PEKEMA SERTA BARANGAN KEPERLUAN ASAS

23 November 2023 –  Sumbangan bantuan banjir barangan keperluan asas kepada mangsa yang terjejas banjir bertenpat di Sekolah Kebangsaan Sungai Petai, Pasir Puteh. 

SUMBANGAN BEG SEKOLAH PEKEMA SERTA FOODBANK OKB 2023

28 November 2023 –  Sumbangan beg sekolah PEKEMA dan Foodbank OKB kepada 30 orang pelajar kurang berkemampuan di Sekolah Menengah Kebangsaan Chabang Empat, Tumpat. 

SUMBANGAN FOODBANK OKB 2023

02 Disember 2023 – Program sumbangan bantuan Foodbank kepada keluarga-keluarga kurang berkemampuan di Daerah Jeli Kelantan telah berjalan dengan sempurna. Seramai 30 orang penerima telah dipilih untuk menerima sumbangan pada hari ini. Sumbangan pada hari ini disumbangkan oleh Mydin dan YaPEIM.  

MISI BANTUAN BANJIR OKB 2023

20 Disember 2023 – Program sumbangan bantuan Foodbank dan kit kebersihan diri sumbangan Mydin POKB kepada keluarga-keluarga yang terjejas banjir di kg. Kelawar, Pasir Mas. Program dikendalikan oleh APM negeri Kelantan dan diketuai oleh YS Kol. (PA) Mohd Azhar Bin Mujab serta anggota dari APM daerah Pasir Mas dan Rantau Panjang.

MISI BANTUAN BANJIR OKB 2023

28 Disember 2023 – Program sumbangan bantuan Foodbank dan kit kebersihan diri sumbangan Mydin POKB kepada keluarga-keluarga yang terjejas banjir di Kg. Awah, Kg. Banggol Kemenyan dan Kg Buncit di Machang Kelantan.

MISI BANTUAN BANJIR OKB 2023

29 Disember 2023 – Persatuan Orang Kota Bharu (POKB) bersama Yayasan Raja Shamri (YRS), YS Pengarah APM Kelantan dan Pegawai Bersekutu APM Kelantan telah menyelesaikan misi agihan bantuan barangan keperluan asas dan kit kebersihan kepada mangsa yang terjejas banjir di sekitar daerah Tumpat, Kelantan.