• 09-7421768

  • Lot 289, Jalan Sri Cemerlang, Seksyen 27

MAJLIS BERBUKA PUASA DAN AGIHAN BUBUR NASI RAMADHAN

4 April 2024 (Khamis) – Majlis iftar perdana dan agihan bubur nasi ramadhan Persatuan Orang Kota Bharu (POKB) dengan kerjasama Kelab Sukan dan Kebajikan APM Kota Bharu (KESPA) bertempat di perkarangan pejabat APM Kota Bharu.
Majlis juga turut dimeriahkan dengan agihan duit raya kepada anak-anak yatim dari Pusat Anak Yatim Darul Kautsar dan PEKAYATIM.
Majlis pada hari ini dihadiri oleh YS Kol. (PA) Mohd Adzhar bin Mujab Pengarah APM Negeri Kelantan, YBhg Dato’ Abdul Aziz Ab Latif Timbalan Presiden POKB, YBhg. Dato’ Wan Azhar Yusoff Bendahari OKB serta AJK POKB dan anggota APM Negeri Kelantan.
 

MAJLIS BERBUKA PUASA IHYA RAMADHAN

28 Mac 2024 (Khamis) – H-Elite Design Hotel
Majlis berbuka puasa dan agihan zakat ihya ramadhan anak-anak yatim dan tahfiz.
Seramai 50 orang anak-anak yatim dan tahfiz diraikan dalam majlis berbuka puasa dan agihan zakat ihya ramadhan pada malam ini.
Turut menyantuni mereka, YBhg Dato’ Nik Izani Presiden POKB dan isteri, YBhg. Prof Dato’ Abdul Aziz Timbalan Presiden POKB dan isteri, YBhg Dato’ Wan Azhar Bendahari POKB dan isteri, YBrs. Hj Afandi Timbalan Presiden POKB, YS Kol. (PA) Mohd Adzhar Mujab Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Negeri Kelantan serta Tuan Hamzah Rosli Pengurus Besar H-Elite Design Hotel.
Selain itu, majlis juga turut dimeriahkan dengan kehadiran dan sokongan ahli-ahli jawatankuasa dan sukarelawan POKB yang banyak membantu menguruskan majlis pada malam ini.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada dermawan yang menyumbangkan dana dalam menjayakan majlis ini.
Semoga kita semua dipermudahkan urusan dan dimurahkan rezeki serta diberkati segala amal kebajikan.
 

PROGRAM SHOPPING RAYA KASEH OKB

28 Mac 2024 (Khamis) – Program Shopping Raya Kaseh OKB MYDIN 2024 bersama-sama 194 anak-anak dari keluarga yang kurang berkemampuan.
Program ini telah diadakan di Pasaraya Mydin Tunjong Kota Bharu Kelantan. YBhg. Dato’ Hj. Wan Sazrudeen Bin Dato’ Hj Wan Zaid, Timbalan Presiden Yayasan PEKEMA turut hadir pada hari ini. Yayasan PEKEMA merupakan penaja utama program ini.
YBhg. Dato’ Nik Izani Nik Ibrahim, Presiden POKB, YS Kol. (PA) Mohd Adzhar Mujab, Pengarah APM Negeri Kelantan turut hadir menyantuni anak-anak pada hari ini.
Jutaan terima kasih kepada semua penderma yang telah memberi sumbangan untuk menjayakan program ini. Semoga bantuan yang disumbangkan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban mereka yang memerlukannya.
Terima kasih kepada semua yang terlibat dan hadir menjayakan program ini.
 

MAJLIS BERBUKA PUASA IHYA RAMADHAN

23 MAC 2024
Berbuka puasa bersama anak-anak tahfiz di Maahad Tahfiz Al Quran Ar Raudhah Kajang Sebidang, Tumpat serta sedikit sumbangan makanan.
Terima kasih tuan rumah menyantuni kami..
 

PROGRAM BACK TO SCHOOL

21 Mac 2024 – Sumbangan Program Back To School dan Tahun Baru Cina 2024 bersama dengan sekolah anak angkat POKB iaitu SJKC Chung Cheng. Alhamdulillah program ini telah berjaya dilaksanakan dengan sempurna pada hari ini. Seramai 50 pelajar SJKC Chung Cheng yang menerima bantuan ini dalam bentuk hamper dan ang pow. Selain itu, POKB juga turut memberi sumbangan beg PEKEMA kepada sekolah ini sebanyak 30 beg
Majlis pada hari ini turut dihadiri oleh YBhg. Prof. Dato’ Abdul Aziz, Timbalan Presiden POKB, YBhg. Dato’ Wan Azhar Yusoff, Bendahari Agung POKB, Mr. Tan Cheng Sim, AJK POKB dan turut hadir bersama-sama YBhg. Dato’ Oie Poh Choon merangkap Pengerusi Lembaga Pengelola SJKC Chung Cheng.
Terima kasih kepada Mr. Tan Cheng Sim dan juga Mr. Eric Tan Chin Zhia yang banyak menguruskan program pada hari ini. Terima kasih juga kepada guru-guru SJKC Chung Cheng dan semua ahli POKB yang hadir memeriahkan program ini.
 

KUNJUNGAN HORMAT JPJ KELANTAN

11 Mac 2024 (Isnin) –
Kunjungan hormat Ahli-ahli POKB ke Jabatan Pengangkutan Jalan Kota Bharu (JPJ) bagi menjalinkan kerjasama antara POKB dan JPJ serta membincangkan program atau aktiviti yang akan dijalankan bersama. Disamping itu, POKB juga mengagihkan sumbangan bakul kaseh OKB kepada 30 anggota JPJ yang kurang berkemampuan.

PENGHANTARAN BARANGAN PROGRAM PEMERKASAAN EKONOMI KOMUNITI BANDAR (PEKB) 2024

9 Mac 2024 ( Jumaat)- Hari Pertama penghantaran barangan kepada peserta-peserta Program Pemerkasaan Ekonomi Komuniti Bandar (PEKB) bagi tahun 2024. Seramai 11 orang peserta telah menerima barangan pada hari ini.
Alhamdulillah POKB telah menghantar barangan pada hari ini dengan bantuan logistik dan beberapa anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) dari pejabat daerah Tumpat.
Barangan yang diberikan ini akan digunakan oleh mereka untuk menjalankan perusahaan kecil-kecilan untuk menjana pendapatan yang lebih stabil lagi.
Terima kasih kepada YBhg. Prof. Dato’ Abdul Aziz, YBhg. Dato’ Wan Azhar Yusoff dan YBhg. Datin Tg. Normashuraya Tuan Yaacob yang turut turun padang bersama-sama dengan kami pada hari ini.
Terima kasih kepada semua yang terlibat.
 

PROGRAM BACK TO SCHOOL

8 Mac 2024 – Program Bantuan Awal Persekolahan kepada anak-anak Anggota Pertahanan Awam Daerah Gua Musang Dan Daerah Jeli telah berjaya dijalankan bertempat di Pejabat Daerah Pertahanan Awam Gua Musang.
POKB menyantuni seramai 110 orang penerima yang layak menerima bantuan pada hari ini.
Majlis pada hari ini telah disempurnakan oleh YBhg. Penolong Pesuruhjaya Kehormat Pertahanan Awam, Prof. Dato’ Abdul Aziz Ab Latif merangkap Timbalan Presiden POKB.
Turut hadir bersama Pengarah APM Negeri Kelantan YS (PA) Mohd Adzhar bin Mujab, Yayasan Raja Shamri, Pegawai Bersekutu, serta ahli POKB.
Terima kasih kepada Yayasan PEKEMA atas sumbangan beg sekolah untuk majlis pada hari ini.
Terima kasih juga kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis ini.
 

PROGRAM PEMERKASAAN EKONOMI KOMUNITI BANDAR (PEKB) 2024

Khamis 22 Februari 2024 | H-Elite Design Hotel – Program Pemerkasaan Ekonomi Komuniti Bandar (PEKB) 2024 telah dirasmikan oleh YBrs. Puan Nurul Aini binti Ibrahim Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Kesejahteraan Komuniti KPKT. Turut serta bersama, YBrs. Tuan Shaikh Ali bin Shaikh Mansoor Penolong Setiausaha Bahagian Kesejahteraan Komuniti KPKT.
Majlis juga turut dihadiri oleh YBhg. Dato’ Abdul Aziz Ab Latif Timbalan Presiden OKB, YBhg. Dato’ Wan Azhar Yusoff Bendahari OKB, serta AJK dan Ahli-ahli OKB yang lain.
Seramai 30 orang peserta PEKB 2024 telah berjaya mendaftarkan diri pada hari pertama program dan program akan berlangsung selama 7 hari 6 malam bertempat di H Elite Design Hotel.
Terima kasih kepada pihak KPKT dan semua yang terlibat.
Semoga segala urusan dipermudahkan.
 

SUMBANGAN KASEH OKB SELATAN THAILAND

15 Februari 2024 – Narathiwat
Persatuan Orang Kota Bharu menyampaikan sumbangan berbentuk telekung solat, kain pelikat dan kain sarung kepada penduduk tempatan di Kg Kulim, Yinga.
Team kebajikan POKB disambut mesra oleh penduduk kampung dan segala urusan dipermudahkan.
 

BANCIAN PROGRAM PEMERKASAAN EKONOMI KOMUNITI BANDAR (PEKB) 2024

5 Feb 2024 – PROGRAM PEMERKASAAN EKONOMI KOMUNITI BANDAR (PEKB) 2024
Proses bancian telah dimulakan hari pertama pada hari ini ke rumah bakal-bakal peserta yang akan menyertai program PEKB bagi tahun 2024.
Bancian dimulakan dengan kawasan Pasir Mas dan Tumpat dan akan diteruskan esok di sekitar Kota Bharu
Semoga segala usaha dan urusan bancian dipermudahkan
 

KHATAM AL-QURAN

22 Januari 2024 – Majlis khatam AlQuran Peringkat PPD Machang , bertempat di SK Pangkal Jenerih.
Sebanyak 29 buah sekolah seluruh daerah Machang terlibat menjayakan mjlis tersebut pada tahun ini.
Terima kasih Guru Besar Sk Pangkal Jenerih Cikgu Zainuddin Mamat kerana menjemput kami mewakili Persatuan Okb ..
 

BAKUL KASEH OKB MYDIN

17 Januari 2024 (Rabu) – SUMBANGAN BENCANA KEBAKARAN DI JALAN SULTANAH ZAINAB ZON TEBING TINGGI KOTA BHARU
Persatuan Orang Kota Bharu menyantuni mangsa kebakaran dengan sedikit sumbangan makanan asas dan kit kebersihan untuk keperluan harian mereka.
Team POKB diketuai oleh YBhg. Dato’ Abdul Aziz Ab Latif serta ahli OKB yang lain.
Turut serta menyantuni mangsa, team APM PPAD Kota Bharu yang diketuai oleh Mejar Saiful Azam bersama Pegawai dan Anggota beliau.
Semoga dengan sumbangan ini dapat meringankan beban mangsa dan dipermudahkan segala urusan.
 

BAKUL KASEH OKB MYDIN

15 Januari 2024 (Isnin) –
Sempena Majlis perjumpaan YS Pengarah APM Negeri Kelantan bersama Pegawai dan Anggota bertempat di Pejabat Pertahanan Awam Daerah (PPAD) Kuala Krai, Persatuan Orang Kota Bharu mengagihkan Sumbangan Barangan Keperluan asas POKB MYDIN utk anggota APM Kelantan yang terjejas dan terkesan banjir.
Penyampaian sumbangan disempurnakan oleh YBhg Mejar Bersekutu (PA) Dato’ Wan Azhar bin Hj Yusof selaku Bendahari Agung POKB.

PENYERAHAN AL-QURAN

02 Januari 2024 / Sekolah Kebangsaan Hamzah 2, Machang. – Penyerahan 50 nashkah Al-Quran kepada pihak sekolah sempena majlis khatam al-quran yang akan diadakan. Pihak POKB diwakili oleh YBhg. Dato’ Wan Azhar Yusoff serta AJK yang terlibat.

#persatuanorangkotabharu